SILA BACA TERMA DAN SYARAT BERIKUT. MELALUI PENGGUNAAN PROGRAM MEL BALIK INI, ANDA MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT INI.
・Apabila menggunakan program pengembalian percuma untuk kartrij Surface HUB, anda bersetuju mengembalikan untuk kitar semula Produk yang Layak sahaja seperti yang dipaparkan dalam borang permintaan dalam talian program dan anda bersetuju untuk mengikuti semua arahan untuk pengembalian. Senarai Produk yang Layak berdasarkan lokasi anda akan dipaparkan sebaik sahaja anda mula memproses pesanan anda di Laman Web kami.
・Sebaik sahaja anda telah menyerahkan produk yang layak kepada penghantar yang ditetapkan, anda tidak akan dapat membatalkan pengembalian produk anda yang layak atau menghantarnya kembali kepada anda.
・Untuk mengelakkan caj yang tidak perlu, anda harus membatalkan mana-mana perkhidmatan internet, telefon atau perkhidmatan serupa yang terikat dengan produk yang layak. TES dan/atau Microsoft tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa caj sedemikian yang mungkin ditanggung oleh anda disebabkan baki caj kewangan yang terikat dengan produk yang layak, dikembalikan melalui program ini.
・Dengan menghantar produk anda yang layak melalui perkhidmatan ini, anda melepaskan mana-mana dan semua hak harta benda dan privasi ke atas dan dalam semua produk yang layak tersebut dan ke atas mana-mana data yang disimpan dalam Produk yang Layak itu.
・Laman Web dan perkhidmatan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan yang sah. Memutarbelitkan identiti, maklumat perhubungan anda, atau apa-apa maklumat lain yang anda perlu berikan semasa menggunakan perkhidmatan ini adalah dilarang.
・Akses ke Laman Web ini dan perkhidmatan mungkin dihadkan jika anda melanggar terma dan syarat Dasar Program Mel Balik.
・Baik TES mahupun Microsoft tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan memenuhi apa-apa kewajipan di bawah terma ini disebabkan oleh punca di luar kawalan munasabah masing-masing. TES dan/atau Microsoft boleh memilih untuk menghentikan perkhidmatan ini pada bila-bila masa tanpa notis.
・Program ini sah untuk pelanggan perniagaan sahaja. Jumlah maksimum ialah lapan belas produk bagi setiap permintaan pengembalian.
・Anda menerangkan bahawa (i) hanya Produk yang Layak akan dihantar dan (ii) Produk yang Layak dihantar harus sepadan dengan produk yang dihuraikan dalam pesanan anda.
・Anda mesti membungkus dan menghantar Produk yang Layak dengan menurut arahan yang diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, arahan berkenaan pengehadan berat, kuantiti dan jenis item yang akan dikitar semula.
・Jika anda mengembalikan Produk yang Layak dari negara di tempat program ini menawarkan perkhidmatan pengambilan secara percuma, anda perlu bersedia dengan bungkusan Produk yang Layak untuk diambil oleh syarikat penghantaran yang dikenal pasti oleh Microsoft dan TES, serta menurut arahan yang diberikan.
・NOTIS PENTING BERKENAAN DATA PELANGGAN: Anda bertanggungjawab ke atas semua data sulit yang mungkin disimpan dalam Produk yang Layak. Sebelum anda menghantar mana-mana Produk yang Layak melalui program ini, anda bertanggungjawab untuk: (a) memadamkan data dalam pemacu cakera keras dan mana-mana media storan lain dalam produk; (b) membuat sandaran atau memindahkan apa-apa data sebelum pemadaman; dan (c) mengalih keluar mana-mana media storan boleh alih (Link). Microsoft dan TES tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan, termasuk tuntutan harta benda atau privasi, yang dikaitkan dengan data atau media storan tersebut.
・Jika anda gagal mematuhi terma dan syarat program ini, syarikat penghantaran bagi Microsoft dan/atau TES boleh menolak pengambilan atau mengembalikan produk kepada anda dan anda boleh dikenakan yuran penghantaran tambahan.
TES MEMBERI JAMINAN BAHAWA SYARIKAT TERSEBUT AKAN MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN DENGAN PENJAGAAN YANG MUNASABAH SECARA KOMERSIAL. TES TIDAK MEMBUAT JAMINAN LAIN DAN MENAFIKAN SEMUA JAMINAN LAIN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, MANA-MANA JAMINAN TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. HAK PENGGUNA STATUTORI ANDA TIDAK TERJEJAS OLEH PENGEHADAN DI ATAS.
・TES menyediakan perkhidmatan ini sebagai kemudahan dan tidak menerima liabiliti kepada mana-mana individu untuk apa-apa perkhidmatan yang dilakukan berhubung dengan kitar semula yang ditawarkan dalam Program Pengembalian ini dan secara khusus menafikan liabiliti untuk kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan atau lain-lain yang berbangkit, istimewa, tidak langsung, atau ganti rugi yang membebankan, walaupun dinasihatkan kemungkinan terdapat tuntutan ganti rugi.
・SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, TES TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS APA-APA GANTI RUGI DALAM MANA-MANA JENIS YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN INI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, MEMBEBANKAN, TELADAN, KHAS ATAU BERBANGKIT. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, JUMLAH LIABILITI TES KEPADA ANDA UNTUK APA-APA GANTI RUGI (TANPA MENGAMBIL KIRA ASAS UNTUK TINDAKAN) TIDAK AKAN MELEBIHI SECARA AGREGAT JUMLAH YURAN YANG SEBENARNYA DIBAYAR KEPADA TES UNTUK MENGITAR SEMULA PRODUK YANG LAYAK DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI. PENGEHADAN LIABILITI YANG DISEBUT DI ATAS AKAN DIGUNAKAN SAMA ADA DALAM TINDAKAN DI SISI UNDANG-UNDANG, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KONTRAK, KECUAIAN, ATAU TINDAKAN TORT YANG LAIN; ATAU TINDAKAN DALAM KESAKSAMAAN, WALAUPUN WAKIL TES YANG DIBENARKAN TELAH DINASIHATI ATAU PERLU MENGETAHUI KEMUNGKINAN TERDAPAT TUNTUTAN GANTI RUGI.
・SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, TES MENAFIKAN MANA-MANA DAN SEMUA JAMINAN SELAIN YANG KEMUKAKAN DENGAN JELAS DALAM TERMA DAN SYARAT INI, TERMASUK JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.